Sunday, July 17, 2016

Cerpen: Cinta Kahwin Ganti part 2

    Cerpen: Cinta Kahwin Ganti

p/s : Hai Assalamualaikum!
         Ini dia sambungannya.. maaf jika terlambat post dan sekali lagi maaf jika tertypo
    Okey, selamat membaca!!

                 *******
    Cinta Kahwin Ganti part 2

        "Assalamualaikum.." ujar Haqim.
        "Waalaikumsalam," balas Ain. Dia cuba berlagak tenang padahal jantungnya mula berdegup kencang.
        'Jantung.. masa nilah kau nak dup dap dup dap..' kata hatinya.
        "So, kau ni Nur Ain Farhanis?" soal Haqim tiba tiba. Sinis sekali.
       Ain diam membatu. Tersentap. Kemudian dia mengangguk perlahan.
      "Ye saya awak.. nama saya Nur Ain Farhanis," terang Ain takut-takut. 
      "Well, kau ni takde lah cantik mana. Mesti kau terima aku sebab nak harta aku kan?!" soal Haqim lagi. Makin sinis. Tersentak Ain mendengar bicara yang keluar dari mulut Haqim. Bibirnya diketap. Menahan rasa.
        "Kenapa awak cakap macam tu Haqim?" inilah manusia tak reti bahasa. Soalan dibalas dengan soalan. Tapi Ain dalam tahap sakit hati tu.. biaq pi la dia.
       "Yelah, perempuan macam kau ni kan nak mengikis harta orang kaya. Pisau cukur," jawab Haqim. Sinis dan tajam seperti belati. Ain yang mendengar hanya menelan kata kata pedas suaminya.
       "Apa apa jelah abang. Ain nak tidur," tersentak Haqim mendengar perkataan 'abang'  yang keluar dari mulut Ain.         Berdenyut kencang seketika jantungnya. Haqim berdehem kecil untuk membuang perasaan itu lantas menaikkan kembali egonya.
      "Siapa nak jadi abang kau hah?!" katanya.
      "Tak de sesiapa abang. Sebab saya tak de abanglah saya panggil awak abang, abang.." ujar Ain selamba.              Dia kemudiannya naik ke atas katil. Kepalanya diletakkan di atas sebuah bantal yang empuk. Bersedia mahu ke alam mimpi. 'Layan mimpi lagi 'baek' dari layan abang. Huh!' getus hati Ain.
     Haqim yang melihat membulatkan matanya. Ewah ewah.. bukan main kau ye tidur atas katil aku. Nak kena ni! 
     Haqim melangkah ke arah Ain yang berada di atas katil. Dilihatnya Ain tidur. 'Comel jugak budak ni tidur..' kata akalnya. 'Wait! Comel? Qim! Kau dah melalut apa ni?' soal hatinya. Kepalanya digeleng gelengkan. Kalau orang nampak, sah dicop gila.
       "Woi! Kau jangan harap nak tidur atas katil aku!" jerit Haqim lalu menolak tubuh isterinya yang kecil jatuh ke bawah. 
         Gedebukkk! Bunyi Ain jatuh katil. Nasib baik dinding bilik Haqim kalis suara. Kalau tidak.. taulah nasib dia nanti kerana membuli isteri.
       "Aduh.. sakitnya!" aduh Ain. Dia mendongak kepala melihat suaminya yang sedang tersenyum sinis.
       "Jangan haraplah kau dapat tidur atas katil aku ni. Dah blah! Aku nak tidur," ujar Haqim lalu baring di atas katil.
        "Jangan lupa tutup lampu!" sambungnya lagi. Ain yang mendengar mengetap bibir. Sampai hati abang...
        Ain bangun lalu menuju ke sofa yang terdapat di bilik suaminya. 'Nasib baik ada sofa ni.. kalau tak.. Ain mengadu kat mama dengan umi. Padan muka abang!' omel hatinya. Dia baring di atas sofa. Kemudian, membetulkan kedudukan untuk menyelesakan diri. Sebelum menutup mata, Ain melihat Haqim yang sudah ke alam mimpinya. Maklumlah sofa tu bertentangan je dengan katil Haqim. 'Huh! Ada ubi ada batas, ada hari Ain balas!' tekad hatinya lalu menutup mata.

                  ********
Hehehe.. amacam? Opps.. x habis lg.. tunggu.. sekian saja pada mnggu nie... key, bye! Salam.

No comments:

Post a Comment