Saturday, July 30, 2016

Cerpen: Cinta Kahwin Ganti part 3

Assalamualaikum!
Lamanya x update kn? Sorry arr... kitorng baru lepas abis tying kott.. tu pasal.
   So, this day baru dpt update tau! Terimalah ~~
 
    Cerpen: Cinta Kahwin Ganti
                     **********
"Ughh.. dah subuh ke?" monolog Ain sendiri. Ain mahu bangun dari pembaringannya namun tidak mampu kerana dilingkari sesuatu.
     "Huh?" soalnya dalam mamai. Matanya tiba tiba tercantap pada tangan yang melingkari pinggangnya. Segar terus matanya. 'Siapa punya tangan ni?' soal hati Ain. Ain memandang ke depan. Dia melihat sofa tempat dia tidur semalam. 'Bukan aku tidur kat situ ke semalam??' hati Ain bingung. Tiba tiba dia melihat figura lelaki sedang tidur di atas katil itu.' Ha..Haqimmmm????' tanya hati Ain.
       "Arrghhhh!!!!" jerit Ain terkejut. Matanya membulat.
       "Huh?" Haqim mamai.
       "Abang.. macammana Ain boleh ade kat atas katil ni??" tanya Ain tanpa berlengah. Dia mahu tahu jawapannya.
      "Atas katil??" masih lagi mamai. Haqim membuka matanya. Terlihat Ain sedang duduk di sebelahnya. Tangannya pula masih melingkari pinggang Ain. Dia pula kelihatan terkejut. Dengan tindakan refleks...
      "Aduh!" jerit Ain.
      "Abang nak carik pasal ngan Ain ke hah?!" ujar Ain geram apabila kepalanya diketuk Haqim. Umi...sakit..
      Haqim tidak menjawab sebaliknya otaknya ligat berfikir. Hmm... atas katil? Takkanlah.....
                   ~~~~~
 *flashback*
 Pukul 2.15 pagi..
    Haqim terbangun kerana kesejukan. Dia mencari cari selimutnya yang dah terpelanting entah ke mana. Tiba tiba, matanya tercantap pada tubuh isterinya yang tidur di sofa.
     "Ain?" soalnya sendiri. Tanpa berlengah, dia bangun lalu menuju ke arah isterinya. 'Ain mesti sejukkan?' soal hatinya.
       Haqim terus mengangkat tubuh Ain lalu merebahkannya di atas katil. Dia turut berbaring di sebelah Ain.
       "Ain, Ain tidur ye? Good night.." katanya seraya mencium dahi dan memeluk pinggang Ain. Haqim menutup mata. Seketika kemudian, dia terlena.
*end flashback*
                   ~~~~~~
       Mata Haqim terus segar apabila mengingati kejadian malam tadi. Oh my... jadi itu bukan mimpi lah ni??
       Ain yang melihat berasa pelik. 'Apasal ni?'
      "Kenapa abang??" tanya Ain.
        Lamunan Haqim terus blah bila terdengar suara Ain tu. Merdu sangat kot. Haqim berdehem kecil sebelum berkata,         "Takde pape. Apasal kau tanya?" tanya Haqim sedikit kasar.
        "Emm.. Ain nak tanya macam mana Ain boleh ade atas katil ni? Bukan semalam Ain tidur kat sofa tu ke?" jawab Ain.
        Tersentak Haqim mendengar. 'Ishh.. aku nak jawab apa ni??' soal hatinya gelisah.
        "Entah. Aku tak tau. Kau tu mengigau kot sampai datang sini. Takde masa aku nak angkat kau," bedal jelah.
        Pelik Ain mendengar. Aku mengigau?? Tak pernah pernah lagi ni. Hmm... musykil, musykil...
       "Dahlah. Kau nak buat apa kejut aku pepagi ni?" tanya Haqim menutup perbualan 'mengigau' tadi.
        "Eh ha'ah laa... Ain nak solat," jawab Ain sambil menepuk dahinya. Ditilik jam di meja kecil. Pukul 6.42. Fuhh... selamat aku tak terbabas.
        "Kau pergi masuk dulu. Nanti aku pulak," arah Haqim. Ain hanya mengangguk. Dia bangun lalu mencapai tuala dan masuk ke bilik air.
                  ********
       "Assalamualaikum. Good morning mama," sapa Ain apabila tiba di dapur.
       "Waalaikumsalam. Anak mama daa bangun eh?" tanya Datin Afina mengusik. Merah muka Ain mendengar usikan itu. 'Takde pape jadi ma. Cuma... anak mama tu sombong!' rungut Ain dalam hati.
       "Hmm... mama masak apa tu? Boleh Ain tolong?" soal Ain untuk lari topik.
       "Tukar topik plak Ain ni. Takdelah.. mama masak simple je hari ni. Nasi goreng," jawab Datin Afina.
        "Wahh.. sedapnya! Boleh ke Ain tolong mama masak nasi goreng ni?" tanya Ain teruja.
        "Kalau Ain nak tolong, tolong jelah," sampuk Mak Jah yang baru tiba di dapur.
         "Yess! Jom Ain tolong. Nak buat apa dulu?" ujar Ain sambil bersorak riang. 'Tak payah duduk dalam bilik  yang menyeksakan tu!' kata hatinya.
        "Okeylah. Jom masak," kata Datin Afina.
         "Ain tolong buat ni macam mama ajar ye?" sambung Datin Afina.
         "Baik boss!!" ujar Ain faham.
                   *********

Nah ~~ dah abis untk minggu nie. Tunggu next week plk ye. Kalau typo maaf ye, mianhaeyo ^_^   ... key, bye Assalamualaikum!

1 comment: