Saturday, July 30, 2016

Cerpen: Cinta Kahwin Ganti part 3

Assalamualaikum!
Lamanya x update kn? Sorry arr... kitorng baru lepas abis tying kott.. tu pasal.
   So, this day baru dpt update tau! Terimalah ~~
 
    Cerpen: Cinta Kahwin Ganti
                     **********
"Ughh.. dah subuh ke?" monolog Ain sendiri. Ain mahu bangun dari pembaringannya namun tidak mampu kerana dilingkari sesuatu.
     "Huh?" soalnya dalam mamai. Matanya tiba tiba tercantap pada tangan yang melingkari pinggangnya. Segar terus matanya. 'Siapa punya tangan ni?' soal hati Ain. Ain memandang ke depan. Dia melihat sofa tempat dia tidur semalam. 'Bukan aku tidur kat situ ke semalam??' hati Ain bingung. Tiba tiba dia melihat figura lelaki sedang tidur di atas katil itu.' Ha..Haqimmmm????' tanya hati Ain.
       "Arrghhhh!!!!" jerit Ain terkejut. Matanya membulat.
       "Huh?" Haqim mamai.
       "Abang.. macammana Ain boleh ade kat atas katil ni??" tanya Ain tanpa berlengah. Dia mahu tahu jawapannya.
      "Atas katil??" masih lagi mamai. Haqim membuka matanya. Terlihat Ain sedang duduk di sebelahnya. Tangannya pula masih melingkari pinggang Ain. Dia pula kelihatan terkejut. Dengan tindakan refleks...
      "Aduh!" jerit Ain.
      "Abang nak carik pasal ngan Ain ke hah?!" ujar Ain geram apabila kepalanya diketuk Haqim. Umi...sakit..
      Haqim tidak menjawab sebaliknya otaknya ligat berfikir. Hmm... atas katil? Takkanlah.....
                   ~~~~~
 *flashback*
 Pukul 2.15 pagi..
    Haqim terbangun kerana kesejukan. Dia mencari cari selimutnya yang dah terpelanting entah ke mana. Tiba tiba, matanya tercantap pada tubuh isterinya yang tidur di sofa.
     "Ain?" soalnya sendiri. Tanpa berlengah, dia bangun lalu menuju ke arah isterinya. 'Ain mesti sejukkan?' soal hatinya.
       Haqim terus mengangkat tubuh Ain lalu merebahkannya di atas katil. Dia turut berbaring di sebelah Ain.
       "Ain, Ain tidur ye? Good night.." katanya seraya mencium dahi dan memeluk pinggang Ain. Haqim menutup mata. Seketika kemudian, dia terlena.
*end flashback*
                   ~~~~~~
       Mata Haqim terus segar apabila mengingati kejadian malam tadi. Oh my... jadi itu bukan mimpi lah ni??
       Ain yang melihat berasa pelik. 'Apasal ni?'
      "Kenapa abang??" tanya Ain.
        Lamunan Haqim terus blah bila terdengar suara Ain tu. Merdu sangat kot. Haqim berdehem kecil sebelum berkata,         "Takde pape. Apasal kau tanya?" tanya Haqim sedikit kasar.
        "Emm.. Ain nak tanya macam mana Ain boleh ade atas katil ni? Bukan semalam Ain tidur kat sofa tu ke?" jawab Ain.
        Tersentak Haqim mendengar. 'Ishh.. aku nak jawab apa ni??' soal hatinya gelisah.
        "Entah. Aku tak tau. Kau tu mengigau kot sampai datang sini. Takde masa aku nak angkat kau," bedal jelah.
        Pelik Ain mendengar. Aku mengigau?? Tak pernah pernah lagi ni. Hmm... musykil, musykil...
       "Dahlah. Kau nak buat apa kejut aku pepagi ni?" tanya Haqim menutup perbualan 'mengigau' tadi.
        "Eh ha'ah laa... Ain nak solat," jawab Ain sambil menepuk dahinya. Ditilik jam di meja kecil. Pukul 6.42. Fuhh... selamat aku tak terbabas.
        "Kau pergi masuk dulu. Nanti aku pulak," arah Haqim. Ain hanya mengangguk. Dia bangun lalu mencapai tuala dan masuk ke bilik air.
                  ********
       "Assalamualaikum. Good morning mama," sapa Ain apabila tiba di dapur.
       "Waalaikumsalam. Anak mama daa bangun eh?" tanya Datin Afina mengusik. Merah muka Ain mendengar usikan itu. 'Takde pape jadi ma. Cuma... anak mama tu sombong!' rungut Ain dalam hati.
       "Hmm... mama masak apa tu? Boleh Ain tolong?" soal Ain untuk lari topik.
       "Tukar topik plak Ain ni. Takdelah.. mama masak simple je hari ni. Nasi goreng," jawab Datin Afina.
        "Wahh.. sedapnya! Boleh ke Ain tolong mama masak nasi goreng ni?" tanya Ain teruja.
        "Kalau Ain nak tolong, tolong jelah," sampuk Mak Jah yang baru tiba di dapur.
         "Yess! Jom Ain tolong. Nak buat apa dulu?" ujar Ain sambil bersorak riang. 'Tak payah duduk dalam bilik  yang menyeksakan tu!' kata hatinya.
        "Okeylah. Jom masak," kata Datin Afina.
         "Ain tolong buat ni macam mama ajar ye?" sambung Datin Afina.
         "Baik boss!!" ujar Ain faham.
                   *********

Nah ~~ dah abis untk minggu nie. Tunggu next week plk ye. Kalau typo maaf ye, mianhaeyo ^_^   ... key, bye Assalamualaikum!

Friday, July 22, 2016

Luahan hati admin

....^-^.....

Hai! Assalamualaikum!!

Kitorang nk mintak maaf sngt-sngt.. tajuk cerpen tu sbnrnya 'Cinta Kahwin Ganti' but admin salah type plk.. sorry again.. T-T
K.. tnggu minggu dpn plk ehh ... bye!!

Sunday, July 17, 2016

Cerpen: Cinta Kahwin Ganti part 2

    Cerpen: Cinta Kahwin Ganti

p/s : Hai Assalamualaikum!
         Ini dia sambungannya.. maaf jika terlambat post dan sekali lagi maaf jika tertypo
    Okey, selamat membaca!!

                 *******
    Cinta Kahwin Ganti part 2

        "Assalamualaikum.." ujar Haqim.
        "Waalaikumsalam," balas Ain. Dia cuba berlagak tenang padahal jantungnya mula berdegup kencang.
        'Jantung.. masa nilah kau nak dup dap dup dap..' kata hatinya.
        "So, kau ni Nur Ain Farhanis?" soal Haqim tiba tiba. Sinis sekali.
       Ain diam membatu. Tersentap. Kemudian dia mengangguk perlahan.
      "Ye saya awak.. nama saya Nur Ain Farhanis," terang Ain takut-takut. 
      "Well, kau ni takde lah cantik mana. Mesti kau terima aku sebab nak harta aku kan?!" soal Haqim lagi. Makin sinis. Tersentak Ain mendengar bicara yang keluar dari mulut Haqim. Bibirnya diketap. Menahan rasa.
        "Kenapa awak cakap macam tu Haqim?" inilah manusia tak reti bahasa. Soalan dibalas dengan soalan. Tapi Ain dalam tahap sakit hati tu.. biaq pi la dia.
       "Yelah, perempuan macam kau ni kan nak mengikis harta orang kaya. Pisau cukur," jawab Haqim. Sinis dan tajam seperti belati. Ain yang mendengar hanya menelan kata kata pedas suaminya.
       "Apa apa jelah abang. Ain nak tidur," tersentak Haqim mendengar perkataan 'abang'  yang keluar dari mulut Ain.         Berdenyut kencang seketika jantungnya. Haqim berdehem kecil untuk membuang perasaan itu lantas menaikkan kembali egonya.
      "Siapa nak jadi abang kau hah?!" katanya.
      "Tak de sesiapa abang. Sebab saya tak de abanglah saya panggil awak abang, abang.." ujar Ain selamba.              Dia kemudiannya naik ke atas katil. Kepalanya diletakkan di atas sebuah bantal yang empuk. Bersedia mahu ke alam mimpi. 'Layan mimpi lagi 'baek' dari layan abang. Huh!' getus hati Ain.
     Haqim yang melihat membulatkan matanya. Ewah ewah.. bukan main kau ye tidur atas katil aku. Nak kena ni! 
     Haqim melangkah ke arah Ain yang berada di atas katil. Dilihatnya Ain tidur. 'Comel jugak budak ni tidur..' kata akalnya. 'Wait! Comel? Qim! Kau dah melalut apa ni?' soal hatinya. Kepalanya digeleng gelengkan. Kalau orang nampak, sah dicop gila.
       "Woi! Kau jangan harap nak tidur atas katil aku!" jerit Haqim lalu menolak tubuh isterinya yang kecil jatuh ke bawah. 
         Gedebukkk! Bunyi Ain jatuh katil. Nasib baik dinding bilik Haqim kalis suara. Kalau tidak.. taulah nasib dia nanti kerana membuli isteri.
       "Aduh.. sakitnya!" aduh Ain. Dia mendongak kepala melihat suaminya yang sedang tersenyum sinis.
       "Jangan haraplah kau dapat tidur atas katil aku ni. Dah blah! Aku nak tidur," ujar Haqim lalu baring di atas katil.
        "Jangan lupa tutup lampu!" sambungnya lagi. Ain yang mendengar mengetap bibir. Sampai hati abang...
        Ain bangun lalu menuju ke sofa yang terdapat di bilik suaminya. 'Nasib baik ada sofa ni.. kalau tak.. Ain mengadu kat mama dengan umi. Padan muka abang!' omel hatinya. Dia baring di atas sofa. Kemudian, membetulkan kedudukan untuk menyelesakan diri. Sebelum menutup mata, Ain melihat Haqim yang sudah ke alam mimpinya. Maklumlah sofa tu bertentangan je dengan katil Haqim. 'Huh! Ada ubi ada batas, ada hari Ain balas!' tekad hatinya lalu menutup mata.

                  ********
Hehehe.. amacam? Opps.. x habis lg.. tunggu.. sekian saja pada mnggu nie... key, bye! Salam.

Thursday, July 14, 2016

Cerpen: Cinta Kahwin Ganti

             CERPEN: Cinta Kahwin Ganti

p/s : hai! Salam ... kami cuma nk bagitau yg maaf jika cerita nie x best..^-^...maaf jika tertypo dn cerita ini akn dipostkn setiap seminggu..
    Okey slmt membaca!
                         ********

                    CINTA KAHWIN GANTI

        "Aku nikahkan dikau dengan Nur Ain Farhanis dengan mas kahwinnya RM 500 ringgit tunai."
        "Aku terima nikahnya Nur Ain Farhanis binti Haji Mohd Sulaiman dengan mas kahwinnya RM 500 tunai.."
         "Sah?''
         "Sah."
         "Sah."
          Mengalir air mata Ain selepas mendengar lafaz akad itu. Kini dia telah menjadi sah milik Muhammad Haqim Syakir. Tiada siapa yang tahu hati dia merintih pilu. Bukan kehendaknya untuk berkahwin ini. Umurnya masih lagi muda. 22 tahun. Malangnya kakak kawan ibunya yang sepatutnya berkahwin dengan Haqim telah melarikan diri tiga hari sebelum pernikahan. Kucar kacir jadinya. Dia yang baru tiba di rumah untuk balik bercuti tiba tiba disuruh untuk berkahwin dengan Haqim. Tidak sanggup melihat ibu Haqim merayu dia pun terpaksa bersetuju. Sekarang macam ni lah jadinya..
           "Ehem..." dehem satu suara. Ain tersentak. Diangkat mukanya melihat gerangan yang berdehem itu. Haqim. Baru dia perasan yang ramai yang memandangnya. Muka Ain terasa panas.
             'Malunyaaaaa.. kenapa aku boleh berangan waktu waktu ni.. ummi!!!' jerit hatinya.
             "Ain.. cepatlah salam tangan suami kau tu," ujar Sofia. Hampir terlupa Ain akan majlis pembatalan air sembahyang. Segera dia menyalam suaminya. Saat dahinya dikucup oleh Haqim, dadanya bergetar. Jantung Ain mula berdegup laju.
'Dup dap..dup dap..'
             'Oh hati, takkan aku dah jatuh cinta dengan Haqim?' bisik hati Ain.
             Kemudian, cahaya kamera berbunyi bunyi. 'Klik! Klik!'. Orang ramai bersorak gembira. Kemudian mereka bergegas menuju ke dewan tempat majlis resepsi berlangsung.
                  **********
              "Ahhh.. letihnyaa!" ujar Ain. Majlis dah habis. Boleh rehat la! Dia kemudian duduk di atas tilam yang dihias cantik dan empuk. Seterusnya, dia berbaring.
Tok! Tok! Tok!
             Ketukan pintu yang sedikit kuat itu tidak menyedarkan Ain dari lamunannya. Fikir apa tu?
Kreeekk... bunyi pintu dibuka perlahan.
Tersentak Ain mendengar. Cepat-cepat dia membetulkan tudungnya.
            "Assalamualaikum.." ujar Haqim.
            "Waalaikumsalam," balas Ain. Dia cuba berlagak tenang walaupun jantungnya sedang berdegup kencang.
            'Jantung.. waktu dia ada lah kau nak berdegup dup dap dup dap..' kata hatinya......
           
                     ********

Hehehe.. kalau nk tahu smbungannya.. silalah bersabar. Akn dipostkn kemudian.. sekian.

Baru buat ~~ T^T

                Post pertama...

Hai! Assalamualaikum..
  Firstly, kami nak bagitau ialah..
  *SELAMAT DATANG TO OUR BLOG!* 
Second..(cehh.. bnyk plk), blog nie akn jarang-jarang ditulis dn dipostkn sbb kami masih berstudy dn akan menghadapi exam.. so, do not marah marah ehh.. hehehe..
   Itu sahaja coretan kami kali ini.. maybe dlm masa yg terdkt nie kami akn postkn cerpen pertama.. nak tahu? Tunggu.. 
Okey sekian shj.. annyeonghagaseyo! 
Salam.