Monday, October 31, 2016
Again. λ―Έμν΄!!! (Mianhaeeeeeee!!!!)
Again I want to say, I am so sorrrryyy.... Mianhaaaeeeeee sangat² sbb x upload ape² kt blog ni. Bkn x mahu, tapi handphone author ada masalaaahhhhhhh!!! Haishh geram betul laaa. So, maybe bulan depan, or tahun depan agaknya baru boleh sambung. Sorry again. Author disini menyusun sepuluh jari memohon maaf atas salah silap dlm blog ni. Dan... Sebab dah lama gila x update. Dh berhabuk dh pun blog ni. Sorry again, okay?
Bye, annyeong!
Assalamualaikum.
-Fiya-
Sunday, September 25, 2016
Soooorrryyyyyyyy
Sorry sorry sorry.
Firstly, sorry seribu kali sorry sebab dah lama gilaa tak update. Al maklumlah sibuk.. (padahal malas sebenarnya.. ππ)
Second... Author akan update bulan depan ehh... Hahahaha.. Sabarlah sebab dapat author pemalas nie.. Heeeeeeeee... Key must go now! Annyeonghaseyo!!
Wednesday, August 31, 2016
Cerpen: Cinta Kahwin Ganti part 6
Friday, August 19, 2016
Cerpen: Cinta Kahwin Ganti part 5
Assalamualaikum... sorry for lmbat update. Sorry juga kalau tertypo, terbroken english, ter tak best dan macam-macam lagi TER. okey, enjoy the reading...
__________
Cerpen: Cinta Kahwin Ganti
"Qim, ingat ehh jaga anak ummi baik baik ye?" pesan Puan Aufia kepada Haqim. Sayang ni...
"Baik ummi, Qim akan jaga Ain baik baik," tak janji mi... mungkin dia akan dibuli.
"Kamu Ain jangan buat perangai ye kat Paris tu, sana tu luar negara. Jaga adab kamu tu kat sana. Faham?" pesan Puan Aufia kepada Ain pula.
"Nae arasseo! Ain tak buat perangai!" patuh Ain lalu memberi Puan Aufia tabik hormat. Puan Aufia mengeleng perlahan. Anak aku ni macam budak budak lah...
"Eh, flight Qim ngan Ain dah nak dah. Dah, pergi. Nanti terlepas pulak. Haqim, Ain, jaga diri elok elok ye?" ujar Encik Hafiz pula.
"Okey. Ain, jom pergi," ajak Haqim. Ain mengangguk. Mereka menyalam Puan Aufia, Encik Hafiz, Datin Afina dan Dato' Fayyadh. Haqim menolak troli yang dipenuhi bagasi mereka. Macam banyak je..memang pun, tiket ke Paris tu untuk seminggu + seminggu = 2 minggu!! Hehehe..
******
"Huh! Penatnya.." keluh Ain. Flight baru naik kot...
"Eleh, baru je naik flight kejap dah penat?" sindir Haqim yang duduk disebelah Ain.
"Biarlah. Abang sibuk je," balas Ain. Suka hati la! Baik tidur lagi bagus. Ain menyandarkan badannya.
"Sape abang kau?" kata Haqim. Tetapi Ain tidak membalas. 'Aikk? Putus asa ka?' soal hati Haqim. Dia menoleh. 'Ooo... dah tidur rupanya,' gumam hati Haqim. 'Dah takde orang nak kacau, baik aku tidur jugak,' kata hatinya lagi lalu turut terlena disebelah Ain.
******
"Ahh... dah sampai ke?" monolog Ain sendiri. Dia menggeliat sedikit. Ain menoleh ke sebelahnya. Haqim tengah diulit mimpi. Ain hanya memerhatikan wajah putih kecoklatan Haqim. 'Wahhh... handsomenya hubby aku ni...' puji Ain dalam hati. Tiba tiba badan Haqim bergerak sedikit. Ain yang terkejut cepat cepat memandang ke hadapan. Muka Ain membahang. 'Ummiii... Ain malu sangat tadi... ahhh jjinja!' omel hati Ain.
"Uhhh..." Ain menoleh. Haqim telah terjaga dari tidurnya. Dia memandang muka Ain.
"Dah sampai ke?" soal Haqim. Baru Ain nak cakap...
"Perhatian. Sila pakai tali pinggang anda. Kapal terbang ini akan mendarat di Paris, Perancis. Terima kasih," kata pembuat pengumuman itu. (Author x tau sngt pasal bab-bab kapal terbang nie... kalau ade salah please bagitau ye...)
"Ha, tu dia dah bagitau," kata Ain lega. Fuhh... selamat aku. Ain memakai seat beltnya dengan cermat. Takut woi flight nak turun.
"Hmm..." balas Haqim. Mamai le tu. Tapi yang sebenarnya dia nampak apa yang Ain buat tadi. Dia dah terbangun tapi buat buat tidur bila dengar Ain menggeliat tadi. Hehehe. 'Dah tergoda ke Ain tu dengan aku?' soal hati Haqim. Dia tersenyum nipis. Dia melihat permandangan bumi Paris. Dan... kapal tebang mula mendarat.
*******
"ABANG!! Tunggulah Ain!" jerit Ain di belakang. Tapi, Haqim buat derk aje dan terus berjalan. Ain mengembungkan pipi. Hmph! Abang jahat!
Ain yang geram berjalan laju ke hadapan. Namun nasib malang menimpanya, dia terlanggar seorang lelaki.
"Aduh! Oppss.. sorry-sorry," ujar Ain kesal. 'Tengok! Baru merajuk sikit ngan Haqim dah terlanggar orang plak' kutuk hati Ain.
"It's okay. Are you okay miss?" tanya jejaka itu. Saat jejaka itu mengangkat mukanya, dia terkejut. Ain turut terkejut.
"Ain?"
"Faiq?" mereka menyoal serentak.
"Wei, gile lama aku tak jumpa kau Ain. Kau sihat?" tanya Faiq gembira.
"Aku sihat je. Ha'ah wei, aku pun dah lama sangat tak nampak kau. Waktu kau pindah dulu, hari-hari aku dengar si Iqa tu dok sebut, 'Iq..Iq kata nak jumpa Iqa...' Eii, geli tau!" cerita Ain gembira. Kawan baik aku kot. Faiq tergelak mendengar cerita Ain. Apalah yang Nur Ainul Syafiqa tu buat sekarang..
"Woi Muhammad Faiq Faiqal!!" jerit Ain. Faiq tersedar dari lamunannya. Dia memandang muka Ain yang macam nak meletup tu.
Terus Faiq buat muka innocentnya. Huhuhu... sabarlah Ain.
"Nape Ain?" tanya Faiq dengan nada tak bersalahnya.
"Kau ade masalah ke sampai mengelamun ni? Tak nak share ngan aku?" pancing Ain. Ain ni busybody betullah!
"Tak de ahh... eh jap. Camne kau ade kat Paris pulak ni Ain? Kau melancong ke??" soal Faiq keluar topik. Hahaha.
"Ooo... aku ni.. ada..." belum Ain habis cakap, dia menjerit. Faiq menggelabah.
"Ke.. kenapa Ain??" tanya Faiq risau. Nilah yang dinamakan kawan sejati.
"Ma.. mane Abang Haqim ni??" kata Ain sendiri. Habislah aku..
"Siapa Haqim?" tanya Faiq. Mane tau orang tu penting ke.
"Err... husband aku," kata Ain.
"Hah?! Kau dah kahwin Ain?!!" tanya Faiq terkejut.
"Ha'ah. Kenapa?" balas Ain. Faiq memonyokkan mukanya.
"Kau kahwin tak ajak aku pun..." kata Faiq sedih. Ain tergelak.
"Laa... sorry lah! Aku tak sempat bagitau. Ala takpe. Lepas kitorang balik Malaysia balik kitorang buat majlis resepsi belah aku pulak. Nanti kau bolehlaa datang," pujuk Ain. Muka Faiq kembali ceria.
"Bila?" soalnya. Ain tersenyum. That's my friend!
"3 minggu lagi. Aku kat sini dua minggu," balas Ain. Terlupa seketika dia tentang mencari Haqim.
********
Dah siap! Hehehe.. btw, okey ke cerpen yang author buat ni?? Okey bye! Assalamualaikum!
Sunday, August 14, 2016
Saturday, August 13, 2016
Cerpen: Cinta Kahwin Ganti part 4
Firstly, sorry lambat update sbb author stress sngt.. asyik asyik ckp 'bila nk update bila nk update,'... haish.. (mohon terasa cket ehh..) hehehe..
Now, terimalah!!
********
Cerpen : Cinta Kahwin Ganti
"Hah, siap pun!" kata Ain gembira. Yeay! Boleh makan!
"Okeylah. Mama nak panggil papa makan. Ain tolong kejutkan Qim kat atas ehh. Budak tu dah kahwin pun bangun lambat. Haish.. pening mama macam ni," omel Datin Afina. Ain tergelak kecil. Dia bangun lalu menuju ke bilik. Tapi kalau diikutkan hatinya... buang masa je bangunkan Abang Qim. Sesampai di depan pintu, dia mengetuk.
Tok! Tok! Tok!
Takde respon.
"Hish.. tak pelah, Ain masuk ye? Terima kasih," monolog Ain lalu membuka pintu.
"Hmm... gelaplah bilik ni. Rasanya kat luar tu dah terang benderang. Macam aku ni dapat suami drakula pulak," omel Ain sendiri. Hah,tu pun Haqim pemalas! Disebalik comforter tebal. (Disebalik??).
"Hish... nilah yang susahnya kalau ada suami pemalas macam abang. Time hari cuti je tidur, tidur je cuti. Kang bebel dia jawab "Alah, abang penatlah. Kerja kat office tu buat abang naik gila. So, waktu nilah abang nak rest, tenang fikiran. No stress. Okey?" Haish... ni bukan rest bang, ni namanya membuatkan Ain tension adalah!" bebel Ain sendiri. Ain ni jangan bagi dia bebel. Sekali bebel pergh! Boleh berjam jam tau!
"Aku ni bukannya penat buat kerja kat office. Aku penat sebab kau tu asyik membebel je. Macam mak nenek tau!" ujar Haqim yang masih diselebungi comforternya. Sayang nak tinggal.
"Oh, mama nak honeymoon!" latah Ain. Haqim tersenyum kecil. Mama nak honeymoon? Lupakan jelah.
"Abang nikan!" marah Ain. Like everyone said, marah marah manja. Hik hik..
"Say what? Kau tu je dok membebel pagi pagi ni," balas Haqim lalu turun dari katil. Dia menjeling Ain.
"Nak kejut aku? Heh, lupakan!" sambung Haqim dan pergi keluar dari bilik. Poyo betul ayat kau Qim! Nak kejut aku? Rasanya kalau Ain tak membebel tadi, sampai tengah hari la kau tak bangun.
"Huh!" keluh Ain geram. Diikuti langkah Haqim ke bawah. Dah, tak mau kejut Haqim!
********
"What?! Honeymoon?!!" jerit Haqim terkejut. Matanya membulat. Mak! Tadi Ain cakap (latah) mama pergi honeymoon, sekarang? Aku yang pergi honeymoon??!!!
"Yess, Qim. Mama dah tempah tiket dah," ujar Datin Afina.
"Hah? Tiket? Macam jauh je," tanya Ain blank. Hmm...
"Kamu berdua akan honeymoom kat Paris!" ucap Datin Afina teruja. Macam aku pulak yang nak honeymoon.
"What?! Paris??!!" soal Haqim dan Ain serentak. Kemudian, Haqim menjeling Ain. Copy paste ayat aku!
"Your mean Paris, France??" soal Haqim. Paris? Negeri full of romantic tu??
"Yeah. Takkan Paris kat London pulak," balas Datin Afina. Lehh.. lembap ke hapa anak aku ni lepas kahwin?
"Bila?" tanya Ain pula.
"Tomorrow," balas Dato' Fayyadh ringkas.
"What?!!" jerit Ain dan Haqim lagi.
"Wae?!" tanya Ain. Korea pulak kau ni..
"Saja buat suprise. Ingat, flight kamu esok pukul 9. Arasseo?" balas Datin Afina. Cehh.. cakap Korea jugak.
"Yelah, yelah. Kitorang pergi," Haqim mengalah. Ain terkejut mendengar persetujuan Haqim. Wae?? Tidakkk... ummi... Ain tak nak!!!
*******
"Qim, ingat ehh jaga anak ummi baik baik ye?" pesan Puan Aufia kepada Haqim. Sayang ni...
"Baik ummi, Qim akan jaga Ain baik baik," tak janji mi... mungkin dia akan dibuli.
"Kamu Ain jangan buat perangai ye kat Paris tu, sana tu luar negara. Jaga adab kamu tu kat sana. Faham?" pesan Puan Aufia kepada Ain pula.
"Nae, arasseo! Ain tak buat perangai!" patuh Ain lalu memberi Puan Aufia tabik hormat. Puan Aufia mengeleng perlahan. Anak aku ni macam budak budak lah...
"Eh, flight Qim ngan Ain dah nak dah. Dah, pergi. Nanti terlepas pulak. Haqim, Ain, jaga diri elok elok ye?" ujar Encik Hafiz pula.
"Okey. Ain, jom pergi," ajak Haqim. Ain mengangguk.
*********
Yg smbungnnya... nnt nnt jelah key? ^^ bye! Assalamualaikum!
Saturday, July 30, 2016
Cerpen: Cinta Kahwin Ganti part 3
Lamanya x update kn? Sorry arr... kitorng baru lepas abis tying kott.. tu pasal.
So, this day baru dpt update tau! Terimalah ~~
Cerpen: Cinta Kahwin Ganti
**********
"Ughh.. dah subuh ke?" monolog Ain sendiri. Ain mahu bangun dari pembaringannya namun tidak mampu kerana dilingkari sesuatu.
"Huh?" soalnya dalam mamai. Matanya tiba tiba tercantap pada tangan yang melingkari pinggangnya. Segar terus matanya. 'Siapa punya tangan ni?' soal hati Ain. Ain memandang ke depan. Dia melihat sofa tempat dia tidur semalam. 'Bukan aku tidur kat situ ke semalam??' hati Ain bingung. Tiba tiba dia melihat figura lelaki sedang tidur di atas katil itu.' Ha..Haqimmmm????' tanya hati Ain.
"Arrghhhh!!!!" jerit Ain terkejut. Matanya membulat.
"Huh?" Haqim mamai.
"Abang.. macammana Ain boleh ade kat atas katil ni??" tanya Ain tanpa berlengah. Dia mahu tahu jawapannya.
"Atas katil??" masih lagi mamai. Haqim membuka matanya. Terlihat Ain sedang duduk di sebelahnya. Tangannya pula masih melingkari pinggang Ain. Dia pula kelihatan terkejut. Dengan tindakan refleks...
"Aduh!" jerit Ain.
"Abang nak carik pasal ngan Ain ke hah?!" ujar Ain geram apabila kepalanya diketuk Haqim. Umi...sakit..
Haqim tidak menjawab sebaliknya otaknya ligat berfikir. Hmm... atas katil? Takkanlah.....
~~~~~
*flashback*
Pukul 2.15 pagi..
Haqim terbangun kerana kesejukan. Dia mencari cari selimutnya yang dah terpelanting entah ke mana. Tiba tiba, matanya tercantap pada tubuh isterinya yang tidur di sofa.
"Ain?" soalnya sendiri. Tanpa berlengah, dia bangun lalu menuju ke arah isterinya. 'Ain mesti sejukkan?' soal hatinya.
Haqim terus mengangkat tubuh Ain lalu merebahkannya di atas katil. Dia turut berbaring di sebelah Ain.
"Ain, Ain tidur ye? Good night.." katanya seraya mencium dahi dan memeluk pinggang Ain. Haqim menutup mata. Seketika kemudian, dia terlena.
*end flashback*
~~~~~~
Mata Haqim terus segar apabila mengingati kejadian malam tadi. Oh my... jadi itu bukan mimpi lah ni??
Ain yang melihat berasa pelik. 'Apasal ni?'
"Kenapa abang??" tanya Ain.
Lamunan Haqim terus blah bila terdengar suara Ain tu. Merdu sangat kot. Haqim berdehem kecil sebelum berkata, "Takde pape. Apasal kau tanya?" tanya Haqim sedikit kasar.
"Emm.. Ain nak tanya macam mana Ain boleh ade atas katil ni? Bukan semalam Ain tidur kat sofa tu ke?" jawab Ain.
Tersentak Haqim mendengar. 'Ishh.. aku nak jawab apa ni??' soal hatinya gelisah.
"Entah. Aku tak tau. Kau tu mengigau kot sampai datang sini. Takde masa aku nak angkat kau," bedal jelah.
Pelik Ain mendengar. Aku mengigau?? Tak pernah pernah lagi ni. Hmm... musykil, musykil...
"Dahlah. Kau nak buat apa kejut aku pepagi ni?" tanya Haqim menutup perbualan 'mengigau' tadi.
"Eh ha'ah laa... Ain nak solat," jawab Ain sambil menepuk dahinya. Ditilik jam di meja kecil. Pukul 6.42. Fuhh... selamat aku tak terbabas.
"Kau pergi masuk dulu. Nanti aku pulak," arah Haqim. Ain hanya mengangguk. Dia bangun lalu mencapai tuala dan masuk ke bilik air.
********
"Assalamualaikum. Good morning mama," sapa Ain apabila tiba di dapur.
"Waalaikumsalam. Anak mama daa bangun eh?" tanya Datin Afina mengusik. Merah muka Ain mendengar usikan itu. 'Takde pape jadi ma. Cuma... anak mama tu sombong!' rungut Ain dalam hati.
"Hmm... mama masak apa tu? Boleh Ain tolong?" soal Ain untuk lari topik.
"Tukar topik plak Ain ni. Takdelah.. mama masak simple je hari ni. Nasi goreng," jawab Datin Afina.
"Wahh.. sedapnya! Boleh ke Ain tolong mama masak nasi goreng ni?" tanya Ain teruja.
"Kalau Ain nak tolong, tolong jelah," sampuk Mak Jah yang baru tiba di dapur.
"Yess! Jom Ain tolong. Nak buat apa dulu?" ujar Ain sambil bersorak riang. 'Tak payah duduk dalam bilik yang menyeksakan tu!' kata hatinya.
"Okeylah. Jom masak," kata Datin Afina.
"Ain tolong buat ni macam mama ajar ye?" sambung Datin Afina.
"Baik boss!!" ujar Ain faham.
*********
Nah ~~ dah abis untk minggu nie. Tunggu next week plk ye. Kalau typo maaf ye, mianhaeyo ^_^ ... key, bye Assalamualaikum!
Friday, July 22, 2016
Luahan hati admin
Hai! Assalamualaikum!!
Kitorang nk mintak maaf sngt-sngt.. tajuk cerpen tu sbnrnya 'Cinta Kahwin Ganti' but admin salah type plk.. sorry again.. T-T
K.. tnggu minggu dpn plk ehh ... bye!!
Sunday, July 17, 2016
Cerpen: Cinta Kahwin Ganti part 2
p/s : Hai Assalamualaikum!
Ini dia sambungannya.. maaf jika terlambat post dan sekali lagi maaf jika tertypo
Okey, selamat membaca!!
*******
Cinta Kahwin Ganti part 2
"Assalamualaikum.." ujar Haqim.
"Waalaikumsalam," balas Ain. Dia cuba berlagak tenang padahal jantungnya mula berdegup kencang.
'Jantung.. masa nilah kau nak dup dap dup dap..' kata hatinya.
"So, kau ni Nur Ain Farhanis?" soal Haqim tiba tiba. Sinis sekali.
Ain diam membatu. Tersentap. Kemudian dia mengangguk perlahan.
"Ye saya awak.. nama saya Nur Ain Farhanis," terang Ain takut-takut.
"Well, kau ni takde lah cantik mana. Mesti kau terima aku sebab nak harta aku kan?!" soal Haqim lagi. Makin sinis. Tersentak Ain mendengar bicara yang keluar dari mulut Haqim. Bibirnya diketap. Menahan rasa.
"Kenapa awak cakap macam tu Haqim?" inilah manusia tak reti bahasa. Soalan dibalas dengan soalan. Tapi Ain dalam tahap sakit hati tu.. biaq pi la dia.
"Yelah, perempuan macam kau ni kan nak mengikis harta orang kaya. Pisau cukur," jawab Haqim. Sinis dan tajam seperti belati. Ain yang mendengar hanya menelan kata kata pedas suaminya.
"Apa apa jelah abang. Ain nak tidur," tersentak Haqim mendengar perkataan 'abang' yang keluar dari mulut Ain. Berdenyut kencang seketika jantungnya. Haqim berdehem kecil untuk membuang perasaan itu lantas menaikkan kembali egonya.
"Siapa nak jadi abang kau hah?!" katanya.
"Tak de sesiapa abang. Sebab saya tak de abanglah saya panggil awak abang, abang.." ujar Ain selamba. Dia kemudiannya naik ke atas katil. Kepalanya diletakkan di atas sebuah bantal yang empuk. Bersedia mahu ke alam mimpi. 'Layan mimpi lagi 'baek' dari layan abang. Huh!' getus hati Ain.
Haqim yang melihat membulatkan matanya. Ewah ewah.. bukan main kau ye tidur atas katil aku. Nak kena ni!
Haqim melangkah ke arah Ain yang berada di atas katil. Dilihatnya Ain tidur. 'Comel jugak budak ni tidur..' kata akalnya. 'Wait! Comel? Qim! Kau dah melalut apa ni?' soal hatinya. Kepalanya digeleng gelengkan. Kalau orang nampak, sah dicop gila.
"Woi! Kau jangan harap nak tidur atas katil aku!" jerit Haqim lalu menolak tubuh isterinya yang kecil jatuh ke bawah.
Gedebukkk! Bunyi Ain jatuh katil. Nasib baik dinding bilik Haqim kalis suara. Kalau tidak.. taulah nasib dia nanti kerana membuli isteri.
"Aduh.. sakitnya!" aduh Ain. Dia mendongak kepala melihat suaminya yang sedang tersenyum sinis.
"Jangan haraplah kau dapat tidur atas katil aku ni. Dah blah! Aku nak tidur," ujar Haqim lalu baring di atas katil.
"Jangan lupa tutup lampu!" sambungnya lagi. Ain yang mendengar mengetap bibir. Sampai hati abang...
Ain bangun lalu menuju ke sofa yang terdapat di bilik suaminya. 'Nasib baik ada sofa ni.. kalau tak.. Ain mengadu kat mama dengan umi. Padan muka abang!' omel hatinya. Dia baring di atas sofa. Kemudian, membetulkan kedudukan untuk menyelesakan diri. Sebelum menutup mata, Ain melihat Haqim yang sudah ke alam mimpinya. Maklumlah sofa tu bertentangan je dengan katil Haqim. 'Huh! Ada ubi ada batas, ada hari Ain balas!' tekad hatinya lalu menutup mata.
********
Hehehe.. amacam? Opps.. x habis lg.. tunggu.. sekian saja pada mnggu nie... key, bye! Salam.
Thursday, July 14, 2016
Cerpen: Cinta Kahwin Ganti
CERPEN: Cinta Kahwin Ganti
p/s : hai! Salam ... kami cuma nk bagitau yg maaf jika cerita nie x best..^-^...maaf jika tertypo dn cerita ini akn dipostkn setiap seminggu..
Okey slmt membaca!
********
CINTA KAHWIN GANTI
"Aku nikahkan dikau dengan Nur Ain Farhanis dengan mas kahwinnya RM 500 ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Nur Ain Farhanis binti Haji Mohd Sulaiman dengan mas kahwinnya RM 500 tunai.."
"Sah?''
"Sah."
"Sah."
Mengalir air mata Ain selepas mendengar lafaz akad itu. Kini dia telah menjadi sah milik Muhammad Haqim Syakir. Tiada siapa yang tahu hati dia merintih pilu. Bukan kehendaknya untuk berkahwin ini. Umurnya masih lagi muda. 22 tahun. Malangnya kakak kawan ibunya yang sepatutnya berkahwin dengan Haqim telah melarikan diri tiga hari sebelum pernikahan. Kucar kacir jadinya. Dia yang baru tiba di rumah untuk balik bercuti tiba tiba disuruh untuk berkahwin dengan Haqim. Tidak sanggup melihat ibu Haqim merayu dia pun terpaksa bersetuju. Sekarang macam ni lah jadinya..
"Ehem..." dehem satu suara. Ain tersentak. Diangkat mukanya melihat gerangan yang berdehem itu. Haqim. Baru dia perasan yang ramai yang memandangnya. Muka Ain terasa panas.
'Malunyaaaaa.. kenapa aku boleh berangan waktu waktu ni.. ummi!!!' jerit hatinya.
"Ain.. cepatlah salam tangan suami kau tu," ujar Sofia. Hampir terlupa Ain akan majlis pembatalan air sembahyang. Segera dia menyalam suaminya. Saat dahinya dikucup oleh Haqim, dadanya bergetar. Jantung Ain mula berdegup laju.
'Dup dap..dup dap..'
'Oh hati, takkan aku dah jatuh cinta dengan Haqim?' bisik hati Ain.
Kemudian, cahaya kamera berbunyi bunyi. 'Klik! Klik!'. Orang ramai bersorak gembira. Kemudian mereka bergegas menuju ke dewan tempat majlis resepsi berlangsung.
**********
"Ahhh.. letihnyaa!" ujar Ain. Majlis dah habis. Boleh rehat la! Dia kemudian duduk di atas tilam yang dihias cantik dan empuk. Seterusnya, dia berbaring.
Tok! Tok! Tok!
Ketukan pintu yang sedikit kuat itu tidak menyedarkan Ain dari lamunannya. Fikir apa tu?
Kreeekk... bunyi pintu dibuka perlahan.
Tersentak Ain mendengar. Cepat-cepat dia membetulkan tudungnya.
"Assalamualaikum.." ujar Haqim.
"Waalaikumsalam," balas Ain. Dia cuba berlagak tenang walaupun jantungnya sedang berdegup kencang.
'Jantung.. waktu dia ada lah kau nak berdegup dup dap dup dap..' kata hatinya......
********
Hehehe.. kalau nk tahu smbungannya.. silalah bersabar. Akn dipostkn kemudian.. sekian.
Baru buat ~~ T^T
Hai! Assalamualaikum..
Firstly, kami nak bagitau ialah..
*SELAMAT DATANG TO OUR BLOG!*
Second..(cehh.. bnyk plk), blog nie akn jarang-jarang ditulis dn dipostkn sbb kami masih berstudy dn akan menghadapi exam.. so, do not marah marah ehh.. hehehe..
Itu sahaja coretan kami kali ini.. maybe dlm masa yg terdkt nie kami akn postkn cerpen pertama.. nak tahu? Tunggu..
Okey sekian shj.. annyeonghagaseyo!
Salam.